23 hingga 25 Ogos 2013 - Program Promis PMR dan Penghayatan Peperiksaan 2013 telah diadakan di SMK Seremban Jaya selama 3 hari 2 malam . Program ini merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Panitia Pendidikan Islam. Seramai 71 orang peserta terpilih di kalangan pelajar Tingkatan 3 yang beragama Islam. Berbagai aktiviti dirancang termasuklah aktiviti Team Building, Bengkel Easy-Maths, Solat Hajat & Bacaan Yaasin. Program ini mendapat kerjasama erat dari Konsultan Perunding & Motivasi Sahabat Persistence Enterprise (SPE) dan sebahagian modul telah dirangka oleh sekumpulan guru praktikum UPSI yang diketuai oleh En Adornis bin Joel. Aktiviti pelajar lebih banyak berpusat di surau sekolah dan dewan.
No comments:
Post a Comment