Friday, 30 August 2013

AKTIVITI PELAJAR-PELAJAR MPV MPPPU SMKSJ 2013









AKTIVITI PELAJAR-PELAJAR MPV MPPPU SMKSJ 2013......

REPAIR AND SERVICE AIRCOND BILIK GURU BIRU DAN BILIK ICT SMKSJ.....PELAJAR YANG TERLIBAT MENDAPAT SIJIL PENYERTAAN AKTIVITI PERINGKAT SEKOLAH....
GREAT JOB!
( Pelajar tingkatan 3 tahun ini nak masuk kelas MPV,bisik-bisiklah dengan cikgu itu,dengan cerita syarat pengambilan akan diperketatkan dan bersahsiah baik )

Para guru yang berminat untuk repair/servis aircond bolehlah berunding dengan cikgu Ridhwan.


SYARAT-SYARAT PEMILIHAN PELAJAR MATA PELAJARAN VOKASIONAL SMK SEREMBAN JAYA BAGI SESI 2014-2018 :
1. MEMPUNYAI DISIPLIN DAN SAHSIAH DIRI YANG TINGGI
2. PMR PEROLEH BAHASA MELAYU = A ATAU B, KEMAHIRAN HIDUP = A ATAU B
3. MEMPUNYAI FIZIKAL KETINGGIAN 130CM - 160, BERAT 40KG-55KG SAHAJA
4. MEMPUNYAI KUALITI TULISAN TANGAN PADA TAHAP YANG AMAT BAIK
5. RAJIN BELAJAR, RAJIN MEMBANTU GURU-GURU DAN MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN.
6. MEMPUNYAI MINAT YANG TINGGI DALAM BIDANG VOKASIONAL.


PELAJAR YANG LULUS DENGAN JAYANYA MENDAPAT SIJIL VOKASIONAL YANG DIIKTIRAF OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERJUMPA DENGAN EN. MUSTAFA KAMAL / EN. REDUAN.....

SEKIAN.

Hari Kebudayaan Merdekaraya 2013





Wednesday, 28 August 2013

SAMBUTAN HARI RAYA DAN KEMERDEKAAN - MERDEKA RAYA-

28 OGOS,2013 - Sidang petang telah mengadakan sambutan Hari Raya dan sekali dengan sambutan di Ambang Kemerdekaan Negara.Sambutan dimulakan dengan Ucapan GPK.Petang dan kemudian diikuti dengan persembahan Sajak dan Permainan tradisional.Tayangan video juga diadakan berhubung dengan pengistiharan kemerdekan negara oleh Tungku Abdul Raman. Selepas itu,jamuan untuk semua guru dan pelajar diadakan.









Tuesday, 27 August 2013

KEM PROMIS "PMR" 2013




23 hingga 25 Ogos 2013 - Program Promis PMR dan Penghayatan Peperiksaan 2013 telah diadakan di SMK Seremban Jaya selama 3 hari 2 malam . Program ini merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Panitia Pendidikan Islam. Seramai 71 orang peserta terpilih di kalangan pelajar Tingkatan 3 yang beragama Islam. Berbagai aktiviti dirancang termasuklah aktiviti Team Building, Bengkel Easy-Maths, Solat Hajat & Bacaan Yaasin. Program ini mendapat kerjasama erat dari Konsultan Perunding & Motivasi Sahabat Persistence Enterprise (SPE) dan sebahagian modul telah dirangka oleh sekumpulan guru praktikum UPSI yang diketuai oleh En Adornis bin Joel. Aktiviti pelajar lebih banyak berpusat di surau sekolah dan dewan.


Monday, 26 August 2013