Datok Prof Emeritus Hj Shahnon Ahmad yang lbh mesra dikenali sebagai cikgu pernah bercerita sebuah kisah ketika sy mula menjejakkan kaki ke USM pd 1989 dlm minggu orientasi pelajar...
Seorang Profesor ternama menaiki sebuah bot yang dimudiki oleh seorang nelayan tua. Prof itu menaiki bot itu hendak pergi ke sebuah pulau. Dalam perjalanan ke pulau itu, bagi mengisi masa terluang, profesor itu bertanyakan beberapa soalan kepada nelayan tua itu.
"Engkau ni dh berapa lama bawa bot ini..." tanyanya dengan nada angkuh.
"Adalah dalam 50 tahun..." ujar nelayan itu.
"Hmm...umur berapa sekarang?" tanya profesor itu lagi.
"60-an gitulah..."jawab sinelayan.
"Kasihan kauni bawa bot ke hulu ke hilir dah separuh abad. Eh akuni nak tanya kau pandaike Bahasa Inggeris?" tanya prof itu dengan lebih angkuh.
"Manalah saya pandai profesor...sayani orang kampung je..."jawab nelayan.
"Bahasa Inggerisni penting...untuk berkomunikasi. Orang tak pandai Bahasa Inggeris macam kauni dah rugi 50 peratus hidup dah...banyak peluang terlepas..kasihan kasihan!" Ujar prof itu lagi.
Nelayan tua itu terasa dengan kata-kata profesor itu tetapi dia mendiamkan diri sahaja.
"Hmm...kau pandai tak Matematik?" tanya profesor itu lagi.
"Matematik manalah saya pandai sangat...kalau takat kira tolak, bahagi, campur sikit-sikit ok lah..."ujar nelayan itu lagi.
"Hahh....sah sah kau dah rugi 80% hidup kau...tahukah kau lebih 80% bidang pengajian di universiti memerlukan kelulusan Matematik. Nak berjaya dalam hidup kena pandai Matematik..kasihan kauni ye...patutlah kerja kat bot buruk ni aje." Ujar profesor itu sambil mengurut-urut janggutnya.
Profesor itu berdiri lalu memandang ke arah pulau yang tidaklah begitu jauh lagi mungkin dalam 2-3 kilometer lagi.
Tiba-tiba bot itu bergoyang-goyang. Profesor itu terpaksa duduk sambil memegang kejap-kejap bot itu dengan kedua belah tangannya. Air laut agak bergelora diikuti dengan hujan rintik-rintik. Terdengar sesekali guruh di langit memecahkan kedinginan suasana.
"Kenapa profesor?" tanya nelayan tua itu.
"Hmm...boleh tak kau kemudi elok-elok bot ini dan bawa laju sikit...takutlah tengok laut bergelora dan hujan pulani..." ujar Profesor keresahan.
"Apalah nak ditakutkan prof..dah dekat sampai pulau..lagipun kalaupun karam, kita boleh berenang...sempat sampai ke daratan..."ujar nelayan itu sambil senyum.
"Berenang? Aku mana tahu berenang!" Ujar Prof itu.
"Prof tak tahu berenang? Hmm...kasihan prof..tadi beritahu saya rugi 80% sebab tak tahu Bahasa Inggeris dan Matematik...nampaknya Prof akan rugi 100% hidup sebab tak tahu berenang kalau terjadi apa-apa...kasihan prof" ujar nelayan tua itu bersahaja.
Profesor angkuh itu terdiam dan membisu seribu bahasa.
MORAL KISAH INI....Ketahuilah ilmu Allah itu luas dan jika kita kuasai seluruh ilmu di dunia inipun baru sekadar satu celupan dari sebuah lautan berbanding ilmu Allah. jadi usah sombong, angkuh dgn sedikit ilmu dan pengalaman dan memperkecilkan orang lain, merendahkan pandangan orang lain, memperlekeh idea orang lain.
No comments:
Post a Comment