MOGA TAHUN 2013 MENJADUKAN KITA LEBIH BERSEMANGAT UNTUK MENDIDIK ANAK BANGSA,,,,,SELAMAT TAHUN BARU
Monday, 31 December 2012
Sunday, 30 December 2012
RENUNGAN BERSAMA
uNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA SEBAGAI GURU
Datok Prof Emeritus Hj Shahnon Ahmad yang lbh mesra dikenali sebagai cikgu pernah bercerita sebuah kisah ketika sy mula menjejakkan kaki ke USM pd 1989 dlm minggu orientasi pelajar...
Seorang Profesor ternama menaiki sebuah bot yang dimudiki oleh seorang nelayan tua. Prof itu menaiki bot itu hendak pergi ke sebuah pulau. Dalam perjalanan ke pulau itu, bagi mengisi masa terluang, profesor itu bertanyakan beberapa soalan kepada nelayan tua itu.
"Engkau ni dh berapa lama bawa bot ini..." tanyanya dengan nada angkuh.
"Adalah dalam 50 tahun..." ujar nelayan itu.
"Hmm...umur berapa sekarang?" tanya profesor itu lagi.
"60-an gitulah..."jawab sinelayan.
"Kasihan kauni bawa bot ke hulu ke hilir dah separuh abad. Eh akuni nak tanya kau pandaike Bahasa Inggeris?" tanya prof itu dengan lebih angkuh.
"Manalah saya pandai profesor...sayani orang kampung je..."jawab nelayan.
"Bahasa Inggerisni penting...untuk berkomunikasi. Orang tak pandai Bahasa Inggeris macam kauni dah rugi 50 peratus hidup dah...banyak peluang terlepas..kasihan kasihan!" Ujar prof itu lagi.
Nelayan tua itu terasa dengan kata-kata profesor itu tetapi dia mendiamkan diri sahaja.
"Hmm...kau pandai tak Matematik?" tanya profesor itu lagi.
"Matematik manalah saya pandai sangat...kalau takat kira tolak, bahagi, campur sikit-sikit ok lah..."ujar nelayan itu lagi.
"Hahh....sah sah kau dah rugi 80% hidup kau...tahukah kau lebih 80% bidang pengajian di universiti memerlukan kelulusan Matematik. Nak berjaya dalam hidup kena pandai Matematik..kasihan kauni ye...patutlah kerja kat bot buruk ni aje." Ujar profesor itu sambil mengurut-urut janggutnya.
Profesor itu berdiri lalu memandang ke arah pulau yang tidaklah begitu jauh lagi mungkin dalam 2-3 kilometer lagi.
Tiba-tiba bot itu bergoyang-goyang. Profesor itu terpaksa duduk sambil memegang kejap-kejap bot itu dengan kedua belah tangannya. Air laut agak bergelora diikuti dengan hujan rintik-rintik. Terdengar sesekali guruh di langit memecahkan kedinginan suasana.
"Kenapa profesor?" tanya nelayan tua itu.
"Hmm...boleh tak kau kemudi elok-elok bot ini dan bawa laju sikit...takutlah tengok laut bergelora dan hujan pulani..." ujar Profesor keresahan.
"Apalah nak ditakutkan prof..dah dekat sampai pulau..lagipun kalaupun karam, kita boleh berenang...sempat sampai ke daratan..."ujar nelayan itu sambil senyum.
"Berenang? Aku mana tahu berenang!" Ujar Prof itu.
"Prof tak tahu berenang? Hmm...kasihan prof..tadi beritahu saya rugi 80% sebab tak tahu Bahasa Inggeris dan Matematik...nampaknya Prof akan rugi 100% hidup sebab tak tahu berenang kalau terjadi apa-apa...kasihan prof" ujar nelayan tua itu bersahaja.
Profesor angkuh itu terdiam dan membisu seribu bahasa.
MORAL KISAH INI....Ketahuilah ilmu Allah itu luas dan jika kita kuasai seluruh ilmu di dunia inipun baru sekadar satu celupan dari sebuah lautan berbanding ilmu Allah. jadi usah sombong, angkuh dgn sedikit ilmu dan pengalaman dan memperkecilkan orang lain, merendahkan pandangan orang lain, memperlekeh idea orang lain.
Friday, 28 December 2012
Thursday, 27 December 2012
MESYUARAT GURU KALI PERTAMA-2013
27 Disember,2012- Mesyuarat ini telah diadakan di Hotel Sutera,Seremban 2.Perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar dan jayanya.
Barisan pentadbiran yang hadir
Guru-guru tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengetua
Setiausaha Kurikulum yang rajin dan berdedikasi
Menikmati juadah makan tengahari
Friday, 21 December 2012
Thursday, 13 December 2012
Wednesday, 5 December 2012
MAKLUMAN UNTUK PARA GURU SMKSJ
26 DISEMBER 2012 - MESYUARAT GURU BIMBINGAN DAN KAUANSELING KALI -1
JAM 9.00 PAGI DI BILIK KAUNSELING
27 DISEMBER,2012 - MESYUARAT GURU KALI-1
JAM 8.00 PAGI DI HOTEL SUTERA,SEREMBAN 2
28 DISEMBER 2012 - MESYUARAT HEM KALI -1
JAM 8.00 PAGI DI SMKSJ
- MESYUARAT KOKO KALI -1
JAM 10.30 PAGI DI SMKSJ
- MESYUARAT GURU-GURU SIDANG PETANG KALI -1
JAM 12.30 PAGI DI SMKSJ
29 DISEMBER 2012 - PENDAFTARAN TINGKATAN 1
- MESYUARAT PANITIA-PANITIA KALI - 1
JAM 9.00 DI SMKSJ
** Sila menepati masa dan semua setiausaha bersedia dengan minit mesyuarat terakhir unit masing-masing.
ARAHAN PENGETUA SMKSJ
JAM 9.00 PAGI DI BILIK KAUNSELING
27 DISEMBER,2012 - MESYUARAT GURU KALI-1
JAM 8.00 PAGI DI HOTEL SUTERA,SEREMBAN 2
28 DISEMBER 2012 - MESYUARAT HEM KALI -1
JAM 8.00 PAGI DI SMKSJ
- MESYUARAT KOKO KALI -1
JAM 10.30 PAGI DI SMKSJ
- MESYUARAT GURU-GURU SIDANG PETANG KALI -1
JAM 12.30 PAGI DI SMKSJ
29 DISEMBER 2012 - PENDAFTARAN TINGKATAN 1
- MESYUARAT PANITIA-PANITIA KALI - 1
JAM 9.00 DI SMKSJ
** Sila menepati masa dan semua setiausaha bersedia dengan minit mesyuarat terakhir unit masing-masing.
ARAHAN PENGETUA SMKSJ
Tuesday, 27 November 2012
UNTUK RENUNGAN BERSAMA-SAMA
Wednesday, 14 November 2012
PERMANTAPAN AKIDAH DAN SMART SOLAT
17,18 dan 19 November,2012-Kursus Permantapan akidah dan Smart Solat telah diadakan di Majlid Negeri Melaka.Program ini anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan dikendalikan oleh JMG konsanstat.
PHOTO LAIN KLIK DI SINI
Friday, 9 November 2012
MAJLIS PERPINDAHAN CIKGU HASHIM
Guru-guru sidang petang meraikan Cikgu Hashim yang berpindah ke sidang pagi sebagai GPK Hem.Tahniah Cikgu,moga dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik lagi.
Wednesday, 24 October 2012
Monday, 15 October 2012
MAKAN MALAM PERDANA SMKSJ 2012
Majlis ini telah diadakan di Alson Klana pada 15
Oktober ,2012.Majlis ini juga meraikan persaraan GPK Hem,Pn Hajjah Zainon dan juga cikgu Masnon serta cikgu Foon yang berpindah sekolah.Majlis telah diserikan dengan ucapan,dan juga cabutan nama bertuah.Majlis telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Oktober ,2012.Majlis ini juga meraikan persaraan GPK Hem,Pn Hajjah Zainon dan juga cikgu Masnon serta cikgu Foon yang berpindah sekolah.Majlis telah diserikan dengan ucapan,dan juga cabutan nama bertuah.Majlis telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Friday, 12 October 2012
PERMOHONAN KE SM.TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL
Pelajar-pelajar SMKSJ yang berminat ke tingkatan 4,permohonan ke SM.Teknik dan kolej Vokasional telah di buka.Sila layari web ini :
http://apps.moe.gov.my/esptv/2012_mohon/
http://apps.moe.gov.my/esptv/2012_mohon/
Thursday, 11 October 2012
Wednesday, 10 October 2012
PERSARAAN HAJJAH ZAINON
10 Oktober,2012 - Persaraan Hajjah Zainon telah diraikan oleh pelajar-pelajar SMKSJ.Pelajar-pelajar beratur panjang sepanjang perjalanan hingga keluar pagar sekolah.
Thursday, 4 October 2012
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH
03 OKTOBER,2012 - Hari Anugerah ini telah dilaksanakan di dewan besar SMKSJ jam 2.30 petang Perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG iaitu En.Murad.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
KAMI WARGA SMKSJ MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM YANG BAKAL KUNJUNG TIBA.SEMOGA ANDA MENDAPAT KETENANGAN SEMASA MENJAWABNYA KETENANGAN AMAT PENTING,JAGALAH EMOSI DAN PERMAKANAN ANDA.SEMOGA BERJAYA.............
Sunday, 16 September 2012
LAWATAN KE RUMAH ORANG-ORANG TUA SRI KENANGAN
15 September,2012-Program Lawatan Ke Rumah Orang-Orang Tua telah diadakan yang disertai oleh 40 orang pelajar dan 4 orang guru.Peserta terdiri daripada PRS,Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan juga ahli Kelab Bimbingan Kejaya.
Persembahan untuk orang-orang tua di Sri Kenangan
Subscribe to:
Posts (Atom)